Thursday, May 14, 2009

Kalau Begini.....

Kritik dan Teguran

Oleh : Mat Saman Kati

Gerakan reformasi tahun 1998 telah menghasilkan sedikit pulangan pada tahun 1999 apabila pembangkang memenangi banyak kerusi di Dewan Undangan Negeri dan juga Parlimen. Kedudukan Pas di Kelantan semakin kukuh manakala Terengganu berjaya dirampas.Haji Hadi menjadi ketua Pembangkang dan Ketua Barisan Alternatif.

Sama ada orang bersetuju atau tidak..kemenangan BA masa itu banyak dibantu oleh laman-laman web reformasi yang tumbuh macam cendawan. Benar…isu masa itu ialah kezaliman yang dilakukan terhadap Anwar. Tanpa laman-laman web ini, maklumat tentang apa yang berlaku terhadap Anwar mungkin tidak sampai. Tetapi dengan kecanggihan teknologi masa itu, laman-laman web ini telah berjaya menimbulkan kesedaran kepada orang ramai dan menimbulkan kebencian kepada Umno.

Tetapi selepas menang..kita lupa diri. Laman-laman web yang mengkritik BA akan dianggap sebagai pemecahbelah BA. Mereka yang mengkritik Pas akan dianggap sebagai anti-islam. Mereka yang mengkritik Keadilan akan dianggap sebagai barua Umno…SB…ejen BN dsbnya.
“Reformasi” telah di rampas oleh Parti Keadilan dan dijadikan modal politik. “Reformasi bukan lagi gerakan rakyat tapi sebagai modal politik untuk meraih sokongan. Manakala Pas pula telah menganggap kemenangan tahun 1999 itu sebagai tanda penerimaan rakyat terhadap perjuangan Pas.

Kita seperti kera mendapat bunga. Terkinja kesana…terkinja kesini..kononnya sudah ada anak dara yang jatuh cinta kepada kita. Kita lupa diri. Haji Hadi membuat keputusan ikut suka dia. Dan akhirnya DAP keluar dari Barisan Alternatif.
Dan ketika pilihanraya umum 2004 sudah semakin hampir…Pas mengemukakan Dokumen Negara Islam. Apabila Keadilan tidak bersetuju…Keadilan dianggap sebagai anti-Islam. Dan apabila Syed Husin Ali, diletakkan sebagai calon di Kota Bharu, beliau dilabelkan sebagai sosialis…sama macam adik komunis.

Pas juga mempunyai alasan mengapa mahu menguasai Keadilan…kerana jentera Keadilan dalam keadaan kacau bilau.

Akhirnya..dalam pilihanraya 2004, kita lingkup. Terengganu kembali keasalnya…Kelantan nyaris-nyaris terlungkup…dan Keadilan hanya mempunyai seorang Ahli Parlimen..Wan Azizah.
Berilah apa alasan pun…tetapi bagi aku..kita kalah kerana kita tidak boleh dikritik..tidak boleh ditegur…keras kepala…angkuh!

Baik Pas…baik Keadilan. Sama sahaja.

Selepas pilihanraya 2004, Anwar dibebaskan. Lebihkurang seminggu sebelum Anwar dibebaskan…Raja Petra menutup laman Free Anwar Campaign (FAC) dan memulakan Malaysia Today.

Raja Petra adalah seorang reformis..termasuk isterinya Marina. Sebelum itu, beliau adalah orang kuat Parti Keadilan tetapi apabila reform yang diperjuangkannya tidak disambut didalam parti..beliau meninggalkan PKN.
DiMalaysia Today…beliau membuka ruang untuk kebebasan bersuara. Diperingkat awal…MT menjadi medan untuk rakyat melepaskan geram. Komen-komen tidak terkawal sehingga penuh dengan maki hamun dan kelucahan. Itu diperingkat awal…dimana rakyat yang tidak pernah mendapat kebebasan…tiba-tiba diberi ruang untuk menyuarakan isi hati mereka. Macam kera dapat bunga.

Disatu pihak pula..mereka yang kena serang menjadi marah..kerana selama ini tidak ada sesiapa yang berani mengkritik mereka. Maka timbullah bermacam-macam label dan gelaran yang diberikan kepada mereka.

Konflik adalah normal…terutama apabila dua pihak tidak pernah memahami antara satu sama lain. Ketika Pakatan Rakyat memenangi negeri Perak..Ustaz Ahmad Awang telah dijemput kesatu majlis yang dianjurkan oleh DAP. Dan diatas meja Ahmad Awang tersedia botol-botol Carlsberg.

Adakah DAP menghina Ahmad Awang? Tidak. Cuma mereka tidak pernah cuba memahami budaya orang lain.

Dalam kenduri yang dianjurkan oleh Pas, mereka menjemput kaum India dan menghidangkan daging lembu. Adakah Pas menghina penganut Hindu? Tidak. Tetapi kerana ustaz-ustaz ini tidak pernah memahami adat-adat Hindu.

Kalau Ahmad Awang terus keluar dari majlis dan terus melabel DAP sebagai menghina orang Islam..sampai sekarang DAP tidak akan tahu pantang larang orang Islam.

Kalau Pas tidak mendengar kritikan orang-orang Hindu supaya jangan menghidangkan daging lembu, sampai sekarang sudah pasti orang-orang India tidak akan menghormati Pas.

Ramai pemimpin Pas bersedia menerima teguran dan kritikan…tetapi masih ramai pengikut Pas masih tidak boleh menerima teguran dan kritikan…terutamanya diperingkat bawahan.

Cikgu Azmi..Presiden TERAS telah menggariskan beberapa langkah yang perlu diambil bagi memperkukuhkan Pakatan Rakyat negeri Perak. Ada empat peringkat…Konflik, Penyesuaian, Persefahaman, Perpaduan.

Beberapa bulan pertama PR memerintah Perak, Pulau Pinang Kedah dan Selangor..kita berada dalam peringkat pertama…konflik. Baik dalam soal EXCO, soal ahli majlis, soal Ketua Kampung. Semuanya bertekak.

Selepas itu barulah kita memasuki peringkat kedua iaitu penyesuaian. Ada kawasan-kawasan dimana kepimpinan Pas dan PKR agak terbuka dan penyesuaian amat mudah dilakukan. Tetapi dikawasan-kawasan dimana YDP atau Ketua Bahagian yang keras kepala..penyesuaian ini amat perlahan. Malah masih ada yang berkonflik hingga sekarang.

Kalau Malaysia Today memerlukan hampir setahun untuk mengajar pengkomen-pengkomen supaya beretika dan berbahas secara baik dan bertanggungjawab..berapa lamakah yang diperlukan untuk proses penyesuaian dalam Pakatan Rakyat?

Pas dan PKR Pulau Pinang masih lagi dalam peringkat konflik. Ini berlaku kerana tidak ada kepimpinan yang terserlah…baik Pas atau PKR di Pulau Pinang.

DiSelangor..PKR lebih dominan. Sama seperti Kedah dimana Pas lebih dominan. Tetapi diPerak..Pas dan PKR sama-sama kuat. (dari sudut kerusi yang dimenangi). Kalau tidak ada kepimpinan yang terserlah..maka Pas dan PKR Perak sudah pasti akan terus didalam mode konflik macam Pulau Pinang.

Disini terserlah kemampuan Nizar dalam mengemudikan konflik antara Pas dan PKR. Kemampuan Nizar menyatupadukan PKR, Pas dan DAP…sama macam kemampuan Anwar menyatupadukan BA dan akhirnya Pakatan Rakyat.

Tetapi Nizar memerlukan sokongan. Dia memerlukan sokongan..baik dari dalam Pas mahupun PKR dan DAP. Dan perlu diterima hakikatnya bahawa masih ramai lagi pemimpin-pemimpin Pas dan PKR yang masih didalam mode konflik.Masing-masing mementingkan survival politik mereka…bukannya kesejahteraan rakyat.

Kalau orang-orang Pas boleh menerima Anwar…mengapa orang-orang PKR tidak boleh menerima Nizar?

Kalau penyesuaian dan persefahaman yang diperlukan..maka pemimpin-pemimpin yang enggan keluar dari mode konflik ini perlu ditegur…dikritik supaya mereka sedar bahawa matlamat kita ialah mengukuhkan perpaduan Pakatan Rakyat.

Tetapi sekiranya menegur itu dianggap menentang…dan mengkritik itu dianggap sabotaj..maka bersedialah kita kembali kepada era 1999-2004.

2 comments:

  1. so jadila NGI.haha tp mmg betul. kita patut galakkan rakyat2 kita bersuara bukan menyokong membabi buta. plg penting jgn tutup suara orang2 yg mengkritik..

    ReplyDelete
  2. DAP bukankah kasi bye bye PAS dalam Barisan Alternatif masa itu sebab DAP kata merugikan DAP. PAS akan diperlaku demikan rupa kelak..Lihat Penang. Mana keistimewaan PAS dalam exco Penang?. Exco PAS di Sealngor apa jadi.. dan PKR buka Melayu lebih PRO DAP. PAS mahu ke mana dalam jangka panjang? Kasi Malaysia sama DAP baru menyesal? DAP penuh dengan MUSLIHAT.

    ReplyDelete