Thursday, May 14, 2009

Kalau Begini.....

Kritik dan Teguran

Oleh : Mat Saman Kati

Gerakan reformasi tahun 1998 telah menghasilkan sedikit pulangan pada tahun 1999 apabila pembangkang memenangi banyak kerusi di Dewan Undangan Negeri dan juga Parlimen. Kedudukan Pas di Kelantan semakin kukuh manakala Terengganu berjaya dirampas.Haji Hadi menjadi ketua Pembangkang dan Ketua Barisan Alternatif.

Sama ada orang bersetuju atau tidak..kemenangan BA masa itu banyak dibantu oleh laman-laman web reformasi yang tumbuh macam cendawan. Benar…isu masa itu ialah kezaliman yang dilakukan terhadap Anwar. Tanpa laman-laman web ini, maklumat tentang apa yang berlaku terhadap Anwar mungkin tidak sampai. Tetapi dengan kecanggihan teknologi masa itu, laman-laman web ini telah berjaya menimbulkan kesedaran kepada orang ramai dan menimbulkan kebencian kepada Umno.

Tetapi selepas menang..kita lupa diri. Laman-laman web yang mengkritik BA akan dianggap sebagai pemecahbelah BA. Mereka yang mengkritik Pas akan dianggap sebagai anti-islam. Mereka yang mengkritik Keadilan akan dianggap sebagai barua Umno…SB…ejen BN dsbnya.
“Reformasi” telah di rampas oleh Parti Keadilan dan dijadikan modal politik. “Reformasi bukan lagi gerakan rakyat tapi sebagai modal politik untuk meraih sokongan. Manakala Pas pula telah menganggap kemenangan tahun 1999 itu sebagai tanda penerimaan rakyat terhadap perjuangan Pas.

Kita seperti kera mendapat bunga. Terkinja kesana…terkinja kesini..kononnya sudah ada anak dara yang jatuh cinta kepada kita. Kita lupa diri. Haji Hadi membuat keputusan ikut suka dia. Dan akhirnya DAP keluar dari Barisan Alternatif.
Dan ketika pilihanraya umum 2004 sudah semakin hampir…Pas mengemukakan Dokumen Negara Islam. Apabila Keadilan tidak bersetuju…Keadilan dianggap sebagai anti-Islam. Dan apabila Syed Husin Ali, diletakkan sebagai calon di Kota Bharu, beliau dilabelkan sebagai sosialis…sama macam adik komunis.

Pas juga mempunyai alasan mengapa mahu menguasai Keadilan…kerana jentera Keadilan dalam keadaan kacau bilau.

Akhirnya..dalam pilihanraya 2004, kita lingkup. Terengganu kembali keasalnya…Kelantan nyaris-nyaris terlungkup…dan Keadilan hanya mempunyai seorang Ahli Parlimen..Wan Azizah.
Berilah apa alasan pun…tetapi bagi aku..kita kalah kerana kita tidak boleh dikritik..tidak boleh ditegur…keras kepala…angkuh!

Baik Pas…baik Keadilan. Sama sahaja.

Selepas pilihanraya 2004, Anwar dibebaskan. Lebihkurang seminggu sebelum Anwar dibebaskan…Raja Petra menutup laman Free Anwar Campaign (FAC) dan memulakan Malaysia Today.

Raja Petra adalah seorang reformis..termasuk isterinya Marina. Sebelum itu, beliau adalah orang kuat Parti Keadilan tetapi apabila reform yang diperjuangkannya tidak disambut didalam parti..beliau meninggalkan PKN.
DiMalaysia Today…beliau membuka ruang untuk kebebasan bersuara. Diperingkat awal…MT menjadi medan untuk rakyat melepaskan geram. Komen-komen tidak terkawal sehingga penuh dengan maki hamun dan kelucahan. Itu diperingkat awal…dimana rakyat yang tidak pernah mendapat kebebasan…tiba-tiba diberi ruang untuk menyuarakan isi hati mereka. Macam kera dapat bunga.

Disatu pihak pula..mereka yang kena serang menjadi marah..kerana selama ini tidak ada sesiapa yang berani mengkritik mereka. Maka timbullah bermacam-macam label dan gelaran yang diberikan kepada mereka.

Konflik adalah normal…terutama apabila dua pihak tidak pernah memahami antara satu sama lain. Ketika Pakatan Rakyat memenangi negeri Perak..Ustaz Ahmad Awang telah dijemput kesatu majlis yang dianjurkan oleh DAP. Dan diatas meja Ahmad Awang tersedia botol-botol Carlsberg.

Adakah DAP menghina Ahmad Awang? Tidak. Cuma mereka tidak pernah cuba memahami budaya orang lain.

Dalam kenduri yang dianjurkan oleh Pas, mereka menjemput kaum India dan menghidangkan daging lembu. Adakah Pas menghina penganut Hindu? Tidak. Tetapi kerana ustaz-ustaz ini tidak pernah memahami adat-adat Hindu.

Kalau Ahmad Awang terus keluar dari majlis dan terus melabel DAP sebagai menghina orang Islam..sampai sekarang DAP tidak akan tahu pantang larang orang Islam.

Kalau Pas tidak mendengar kritikan orang-orang Hindu supaya jangan menghidangkan daging lembu, sampai sekarang sudah pasti orang-orang India tidak akan menghormati Pas.

Ramai pemimpin Pas bersedia menerima teguran dan kritikan…tetapi masih ramai pengikut Pas masih tidak boleh menerima teguran dan kritikan…terutamanya diperingkat bawahan.

Cikgu Azmi..Presiden TERAS telah menggariskan beberapa langkah yang perlu diambil bagi memperkukuhkan Pakatan Rakyat negeri Perak. Ada empat peringkat…Konflik, Penyesuaian, Persefahaman, Perpaduan.

Beberapa bulan pertama PR memerintah Perak, Pulau Pinang Kedah dan Selangor..kita berada dalam peringkat pertama…konflik. Baik dalam soal EXCO, soal ahli majlis, soal Ketua Kampung. Semuanya bertekak.

Selepas itu barulah kita memasuki peringkat kedua iaitu penyesuaian. Ada kawasan-kawasan dimana kepimpinan Pas dan PKR agak terbuka dan penyesuaian amat mudah dilakukan. Tetapi dikawasan-kawasan dimana YDP atau Ketua Bahagian yang keras kepala..penyesuaian ini amat perlahan. Malah masih ada yang berkonflik hingga sekarang.

Kalau Malaysia Today memerlukan hampir setahun untuk mengajar pengkomen-pengkomen supaya beretika dan berbahas secara baik dan bertanggungjawab..berapa lamakah yang diperlukan untuk proses penyesuaian dalam Pakatan Rakyat?

Pas dan PKR Pulau Pinang masih lagi dalam peringkat konflik. Ini berlaku kerana tidak ada kepimpinan yang terserlah…baik Pas atau PKR di Pulau Pinang.

DiSelangor..PKR lebih dominan. Sama seperti Kedah dimana Pas lebih dominan. Tetapi diPerak..Pas dan PKR sama-sama kuat. (dari sudut kerusi yang dimenangi). Kalau tidak ada kepimpinan yang terserlah..maka Pas dan PKR Perak sudah pasti akan terus didalam mode konflik macam Pulau Pinang.

Disini terserlah kemampuan Nizar dalam mengemudikan konflik antara Pas dan PKR. Kemampuan Nizar menyatupadukan PKR, Pas dan DAP…sama macam kemampuan Anwar menyatupadukan BA dan akhirnya Pakatan Rakyat.

Tetapi Nizar memerlukan sokongan. Dia memerlukan sokongan..baik dari dalam Pas mahupun PKR dan DAP. Dan perlu diterima hakikatnya bahawa masih ramai lagi pemimpin-pemimpin Pas dan PKR yang masih didalam mode konflik.Masing-masing mementingkan survival politik mereka…bukannya kesejahteraan rakyat.

Kalau orang-orang Pas boleh menerima Anwar…mengapa orang-orang PKR tidak boleh menerima Nizar?

Kalau penyesuaian dan persefahaman yang diperlukan..maka pemimpin-pemimpin yang enggan keluar dari mode konflik ini perlu ditegur…dikritik supaya mereka sedar bahawa matlamat kita ialah mengukuhkan perpaduan Pakatan Rakyat.

Tetapi sekiranya menegur itu dianggap menentang…dan mengkritik itu dianggap sabotaj..maka bersedialah kita kembali kepada era 1999-2004.

Kalau Tukar Kerusi Apa Macam?

Kalau lihat berita hari ni samada cakap Orang Tua Nyanyuk (Dr M) atau Najib, dah boleh agak apa jadi pun UBN tidak akan membubarkan DUN Perak.

Kalau nak bagi Mamak Zamry kerap kencing dalam seluar dan Najib kena strok sebab darah tinggi tak terkawal, aku cadangkan dibuat pertukaran kerusi. Macamana?

Senang aje.... Sorang Ahli Parlimen PR dan sorang ADUN PR letak jawatan serentak. Kemudian bertanding semula dengan Ahli Parlimen tadi dikerusi DUN dan ADUN di kerusi Parlimen. Tiada tegahan kan........ SWAP KERUSI lah....... Selepas PRK tu selesai sepasang lagi wakil rakyat PR letak jawatan. Tentu UBN haru-biru.

Contoh..... YB Gopeng dan YB Teja letak jawatan. Kemudian YB Gopeng bertanding di kerusi Teja manakala YB Teja di kerusi Gopeng. Lepas selesai PRK, YB Ipoh Barat dan YB Canning pula letak jawatan. Begitulah seterusnya. Confirm Mahathir akan terus nyanyuk, Zamri balik Pangkor dan Najib kena strok macam Mohtar Abdullah.

Kalau nak tau jadi atau tak jadi cadangan ini buat dulu........

Kalau Najib Berani.....

Anwar Ibrahim mencabar Najib untuk bubarkan DUN Perak. Lihat sini

Kalau Najib berani dah lama dah DUN Perak dibubarkan. Najib berani bertahan sehingga sekarang tanpa membubarkan DUN kerana UBN ada kuasa di peringkat Persekutuan. Kalau tidak jangan harap dia boleh bertahan. Semua di sebelah UBN - pegawai2 tinggi PTD, PDRM, SPR, SPRM, Mahkamah dan sebut saja, semua di sebelahnya kecuali - Rakyat.

Kalau DUN Perak tak bubarpun, apa rakyat boleh buat. Buat kerja masing2lah.... Cari makanlah, bela anak bini...... bagi makan kucing atau anjing peliharaan..... Paling kuat rakyat hanya boleh bising2 kat kedai kopi, beranda surau dan masjid. Paling hebatpun pakai baju hitam bila pemimpin suruh pada 7 Mei dulu. Inipun lalu depan polis gayat juga, takut digari dan dilokapnya kerana pakai baju hitam.....

Anwar Ibrahim hanya boleh mencabar..... Hj Hadi menggesa...., Lim Lit Siang menyeru dan Nizar memohon. Tapi DUN Perak tak terbubar KALAU Tuanku tak perkenankan. Perkenan Tuanku bukan terletak pada baginda, tapi berada dalam genggaman Najib. Kalau Najib mengadap Tuanku, Najib kata bubar maka Tuankupun akan perkenankan untuk bubar.

Kalau anda masih mmengharap, itu semua harapan Palsu. Menyedapkan hati sendiri saja.

Kalau begitu beranganlah........ KALAU..KALAU.. Najib terbuka hati bubarkan DUN Perak supaya anda tidak tension - darah tinggi stabil semula.

Wednesday, May 13, 2009

Kalau Melayu Beragama Hindu....The Series... Intro....

Aku Mat Kalau bukan Mat Kilau atau cucu Mat Kilau. Aku suka sebut Kalau.. Kalau..

Kalau..Kalau.. adalah perkataan yang aku suka sebut. Bukan aku sorang saja, boleh kata semua orang yang panjang angan-angan tentu selalu sebut Kalau..Kalau..

Aku selalu terfikir kalau Parameswara Raja Melaka atau kalau Raja di Pasai tidak masuk Islam beberapa abad lalu aku rasa sekarang ni semua orang Melayu adalah beragama Hindu. Memang agama asal orang Melayupun.

Kalau orang Melayu beragama Hindu tentu Perlembagaan Malaysia menetapkan agama persekutuan adalah Agama Hindu. Kalau begitu definisi dalam Perlembagaan, orang Melayu mesti beragama Hindu. Kalau bukan Hindu... bukan Melayu.

Kalau orang Melayu beragama Hindu, maka orang keturunan India yang beragama Hindu yang dibawa British ke Tanah Melayu tentunya akan terserap ke dalam masyarakat Melayu... menjadi Melayu.

Kalau tidak percaya lihat andaian ini.... Sebenarnya sekarang orang Melayu beragama Islam, tapi orang keturunan India yang beragama Islam kebanyakannya dah jadi Melayu. Contoh Mahathir, Zamree Kadeer, Nur Mohd Yaacob dll. Untung orang India Muslim kalau Melayu beragama Islam.

Kalau orang Melayu beragama Hindu, Tun Sambanthan, Samy Velu, Kulasegaran, malah Sivakumar Speaker Original DUN Perak juga Melayu. Untung pulak orang India Hindu kalau orang Melayu beragama Hindu.

Kalau begitu pusing macamanapun orang India untung dapat kemudahan sebagai orang Melayu.

Kalau orang Melayu beragama Hindu, Raja-raja Melayu akan jadi Ketua Agama Hindu di negeri mereka. Penasihat agama pada Raja-raja bukan Mufti, mungkin dipanggil Guruji. Tiada Imam Besar Masjid Negara, tapi Sami Besar Kovil Negara. Dalam Rukunegara, 'Kepercayaan Kepada Tuhan' jadi 'Kepercayaan Kepada Dewata'.

Kalau orang Melayu beragama Hindu, ahli UMNO adalah orang Hindu yang sekular. UMNO tetap wujud dan serupa perjuagannya. Mungkin orang Cina dan orang Islam pulak jadi bahan politik mereka. Tapi mungkin PAS akan wujud sebagai Parti Hindu SeMalaysia. Oleh sebab tak guna tulisan jawi masa penubuhannya, tak taulah apa singkatan Parti Hindu SeMalaysia. Mungkin dieja singkatan mengikut bahasa sanskrit dan kalau dialih ke huruf roman jadi PAS juga. Perjuangan PAS adalah menegakkan Negara Hindu.

Kalau Mufti Harussani atau orang UMNO ataupun orang PAS baca blog ini mungkin mereka ingat aku mengkafirkan orang Melayu. Bukan.. bukan.. Bukan niat aku. Sumpah... Wallah. Aku cuma berkalau. Untuk fikir-fikir.....

Kalau kita fikirkan.... macam-macam timbul. Kalau..Kalau.. ini baru The Intro. Baru Pilot Episode. Kalau.. Kalau.. akan bersambung dalam masa terdekat kalau tak ada hal lain.
Jumpa lagi KALAU panjang umur Insyaallah...